
Friday, May 21, 2010
Friday, May 14, 2010
TAHNIAH PROF. DR. HAJI ROHIMI HAJI SHAPIEE
Thursday, May 13, 2010
TAHNIAH DAN SELAMAT KEMBALI BERTUGAS

Warga IKRAB mengucapkan tahniah kepada Puan Hazrin selaku Penolong Pendaftar IKRAB kerana selamat melahirkan seorang cahaya mata pada 8 Mac 2010 yang lalu. Bayi seberat 3.14kg, diberi nama Adam Isyraf bin Nurul Ilmi dan selamat dilahirkan di Hospital Putrajaya pada pukul 2.18 petang. Semoga beliau dan keluarga hidup berbahagia dunia akhirat. Amin.
Warga IKRAB juga mengucapkan selamat kembali bertugas buat Puan Hazrin Adila.
MAJLIS PERPISAHAN DAN PENGHARGAAN
IKRAB mengucapkan ribuan terima kasih dan selamat maju jaya kepada Cik Maizatul Farisah Mohd. Mokhtar dan Puan Nur Khuzaimah Lokhman sepanjang berkhidmat sebagai Pembantu Penyelidik di IKRAB.
Thursday, May 6, 2010
ANUGERAH PENYELIDIKAN (BERKUMPULAN) - PENILAIAN 2009 (30 APRIL 2010)
Mesyuarat Jawatankuasa Induk Anugerah Khas Kualiti UKM tahun 2010 (Penilaian Tahun 2009) pada 15 April 2010 telah bersetuju agar Kumpulan Penyelidikan Kajian Rantau Asia Barat dikurniakan hadiah utama bagi Anugerah Penyelidikan (Berkumpulan).
Anugerah telah disampaikan pada Majlis Anugerah Inovasi ke-5 pada 30 April 2010; 7.30 malam; di Puri Pujangga, UKM, Bangi.
TAHNIAH DAN SYABAS, semoga anugerah ini akan menjadi perangsang untuk IKRAB bersepadu bagi mencapai sebarang usaha untuk mencapai kecemerlangan yang lebih lagi dari masa ke masa selaras dengan hasrat menjadi UKM sebuah pusat keilmuan yang terkehadapan, berteknologi dan berdaya saing bertaraf global.


Wednesday, May 5, 2010
PAMERAN PROMOSI UKM: 12TH POSTGRADUATE EDUCATION FAIR 2010 (16-18 APRIL 2010)
Pusat Pengurusan Siswazah (PPS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menyertai pameran bersempena 12th Postgraduate Education Fair 2010 yang telah diadakan pada 16-18 April 2010 bertempat di MidValley International Exhibition Centre (MIVEC), Kuala Lumpur bermula jam 10.00 pagi hingga 7.00 malam selama 3 hari. PPS telah turut mengundang IKRAB dan beberapa jabatan di UKM untuk menyertai pameran tersebut.
IKRAB & SCHOOL OF INTERNATIONAL STUDIES, SUN YAT-SEN, CHINA (9 APRIL 2010)
Pada 9 April 2010, IKRAB telah menandatangani Surat Hasrat dengan Sun Yat Sen University, China. Surat Hasrat telah ditandatangani oleh Prof. Dr. Siti Rugayah Haji Tibek, Pengarah IKRAB manakala En. Seid Y.Z. Ma, Pengerusi Jabatan Bahasa Arab dan Budaya, School of International Studies mewakili Sun Yat Sen University (Kampus Zhuhai), China.
PERSIDANGAN MEJA BULAT AL-JAZARI (8 APRIL 2010)

DISKUSI SISWAZAH BIL. 2 (5 MAC 2010)
Diskusi Siswazah bil. 2
5 Mac 2010
5 Mac 2010
Merupakan pembentangan proposal wajib bagi para pelajar pasca siswazah IKRAB. Dalam diskusi ini, hadirin yang hadir berpeluang untuk memberikan pandangan tentang tajuk kajian.
BENGKEL DAKWAH MELALUI DRAMA (RTM DAN TV MESIR) 19 FEBRUARI 2010
Kumpulan Penyelidikan Dakwah Melalui Drama: Analisis Drama (RTM dan TV Mesir) yang diketuai oleh Prof. Dr. Siti Rugayah Haji Tibek telah diadakan pada 19 Februari 2010. Bengkel ini membincangkan perjalanan dan perkembangan projek bersama ahli-ahli yang terlibat.
BENGKEL KESENIAN DAN KEBUDAYAAN (18 FEBRUARI 2010)
Bengkel Kesenian dan Kebudayaan telah diadakan pada 18 Februari 2010. Bengkel ini bertujuan untuk menyediakan kertas kerja bagi Seminar Kebangsaan IKRAB 2010.
BENGKEL PENERBITAN IKRAB (6-8 FEBRUARI 2010)
Bengkel penerbitan IKRAB yang berlangsung pada 6-8 Februari 2010 bertujuan untuk membincangkan bersama-sama ahli IKRAB mengenai penerbitan IKRAB bagi tahun 2010. Bahan-bahan penerbitan tersebut merupakan bahan-bahan ilmiah yang terhasil daripada siri-siri forum, bengkel, wacana, seminar, perbincangan meja bulat serta tesis.
Bentuk penerbitan akan dikategorikan kepada jurnal, buku dan bab dalam buku.
WACANA ILMIAH KAJIAN RASAIL AL-NUR (2 FEBRUARI 2010)
BENGKEL AWALAN PERSEDIAAN INSTRUMEN PROJEK ARUS PERDANA (29-30 JANUARI 2010)
Subscribe to:
Posts (Atom)