Tuesday, November 10, 2009
BENGKEL GOVERNANS PENGURUSAN INSTITUT KECEMERLANGAN
TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN: SAUDARA AMZAR HAFIFI ABD. GHOFUR, PEMBANTU PENYELIDIK IKRAB
(Foto: Y.Bhg. Prof. Dr. Siti Rugayah Haji Tibek, Pengarah IKRAB memberikan cenderamata kenang-kenangan kepada Saudara Amzar Hafifi)IKRAB 26 Oktober 2009 - IKRAB mengucapkan ribuan terima kasih kepada Saudara Amzar Hafifi Abd. Ghofur atas sumbangan beliau sepanjang menjadi pembantu penyelidik di IKRAB. Beliau kini dalam proses menyambung pelajaran di peringkat Sarjana. Semoga beliau berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.
TAKZIAH: MANTAN MALIM IKRAB - DR. HAJI ZAINUDIN JAFFAR
Dukacita dimaklumkan bahawa mantan malim IKRAB, Dr. Haji Zainudin Haji Jaffar
(13 Julai - 23 Julai 2009) telah kembali ke Rahmatullah pada 25 Oktober 2009.
BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin - Jenazah pensyarah Jabatan Perdagangan dan Pengurusan dan Fakulti Perdagangan, Kajian Dasar dan Ekonomi Universiti Brunei Darussalam, Allahyarham Dr Haji Zainudin Haji Jaffar (gambar) hari ini selamat dikebumikan selepas beliau meninggal dunia lewat petang semalam.
Allahyarham yang menerima rawatan di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha setelah koma sejak hampir dua bulan lalu dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Kiulap berhampiran Masjid Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Dayang Ni'mah Haji Ismail dan tujuh orang anak iaitu lima orang perempuan dan dua orang anak lelaki.
Allahyarham dilahirkan di Tanjung Karang, Selangor, Malaysia pada 29 September 1961 dan antara lain pernah menganggotai jawatankuasa perancangan bagi meningkatkan Maktab Perguruan Ugama Seri Begawan kepada Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan pada 2006.
Jawatan terakhir dipegang Allahyarham sebelum dimasukkan ke hospital ialah anggota Sekretariat Perjawatan, Universiti Islam Sultan Sharif Ali.
SURAT HASRAT: IKRAB & COLLEGE OF ARTS, DEPARTMENT OF HISTORY, KING SAUD UNIVERSITY
SURAT HASRAT: IKRAB & CISMOR
&
Center for Interdisciplinary Studies for Monotheistic Religions (CISMOR),
Doshisha University, Jepun
13 Oktober 2009
Wakil:
Y.Bhg. Prof. Dr. Hassan Ko Nakata
Monday, November 9, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)






