Wednesday, July 29, 2009

MAJLIS PERPISAHAN DR. SULAIMAN IBRAHIM, FELO BERSEKUTU IKRAB DAN PUAN NAZIRAH ABD. RAHIM, PEMBANTU PENYELIDIK SISWAZAH IKRAB

IKRAB, UKM - Telah berlangsung Majlis Perpisahan Dr. Sulaiman Ibrahim, Felo Bersekutu IKRAB dan Puan Nazirah Abd. Rahim, Pembantu Penyelidik Siswazah IKRAB, semalam (27 Julai 2009). Dr. Sulaiman Ibrahim akan menamatkan perkhidmatannya di UKM dan menyambung kerjayanya di Brunei Darussalam manakala Puan Nazirah Abd. Rahim akan memulakan kerjayanya sebagai Guru Bahasa Arab di Johor.

Gambar foto: (Dari kiri) Prof. Dr. Siti Rugayah Haji Tibek, Pengarah IKRAB, Puan Salmah Kasmani, PA kepada Pengarah, Dr. Sulaiman Ibrahim dan Puan Hazrin Adila, Penolong Pendaftar IKRAB.


Gambar foto: Pengarah IKRAB memberikan sepatah dua kata manakala Puan Nazirah Abd. Rahim menahan sebak.

Gambar foto: Dr. Sulaiman Ibrahim memberikan sepatah dua kata.

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduian.

SURAT HASRAT ANTARA IKRAB DAN ISLAMIC TOURISM CENTRE, KEMENTERIAN PERLANCONGAN MALAYSIA

Gambar foto: (Dari kiri) En. Alex Rajakumar, En. Zainuddin Abdul Wahab, Prof. Dr. Siti Rugayah Haji Tibek dan Prof. Dr. Mohd. Safar Hasim

UKM, BANGI - Telah berlangsung Majlis Menandatangani Surat Hasrat di antara Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB), Universiti Kebangsaan Malaysia dengan Islamic Tourism Centre (ITC), Kementerian Pelancongan Malaysia pada 27 Julai 2009; jam 12.30 tengah hari di Bilik Perbincangan IKRAB. Bagi pihak IKRAB, Surat Hasrat telah ditandatangani oleh Prof. Dr. Siti Rugayah Haji Tibek (Pengarah IKRAB) manakala di pihak ITC adalah En. Zainuddin Abdul Wahab (Director General). Majlis turut disaksikan oleh Prof. Dr. Mohd. Safar Hasim, Felo Utama Bersekutu IKRAB dan En. Alex Rajakumar (Director, Capacity Building), ITC.

BENGKEL DINAR EMAS 2009

FPI-IKRAB, UKM: Dinar Research Group UKM, Fakulti Pengajian Islam UKM, Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB), UKM dan Graduate School of Business (GSB), UKM telah menganjurkan Bengkel Dinar Emas 2009 pada 24-25 Julai 2009 (Khamis dan Jumaat) bertempat di Bilik Seminar Pusat Penerbitan Dan Percetakan, Pusat Penerbitan dan Percetakan Blok-A, UKM. Pengarah bagi Bengkel Dinar Emas 2009 adalah Prof. Madya Dr. Wan Kamal Mujani manakala panel pembentang bagi bengkel tersebut adalah Prof Umar Ibrahim Vadillo.

Gambar foto: Prof. Madya Dr. Wan Kamal Mujani, Pengarah Bengkel Dinar Emas 2009

Gambar foto: Prof Umar Ibrahim Vadillo

Gambar foto: Peserta bengkel memberikan maklum balas

Gambar foto: Peserta bengkel memberikan tumpuan terhadap pembentangan

3RD KULIM CAREER & POSTGRADUATE EXPO 2009, DEWAN BANDARAN KULIM, KEDAH - 25 - 26 JULAI 2009

KULIM, KEDAH - Institit Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB) telah menyertai Pusat Pengurusan Siswazah (PPS), UKM dalam 3rd Kulim Career & Postgraduate Expo 2009 di Dewan Bandaran Kulim, Kedah pada 25 - 26 Julai 2009.

Audit COPPA di IKRAB