Wednesday, May 5, 2010
BENGKEL AWALAN PERSEDIAAN INSTRUMEN PROJEK ARUS PERDANA (29-30 JANUARI 2010)
Wednesday, January 6, 2010
TAHNIAH: PROF. MADYA DR. WAN KAMAL MUJANI, TIMBALAN PENGARAH IKRAB
Semoga beliau akan terus berjaya dalam apa jua kerjaya yang diceburi. Amin.
Saturday, December 12, 2009
SEMINAR MACASIC
IKRAB 12 Disember 2009 - Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam (JPATI), Fakulti Pengajian Islam (FPI), akan menganjurkan "Malaysia Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization (MACASIC) dengan kerjasama Kumpulan Penyelidikan Kebudayaan Arab dan Peradaban Islam (KUKAPI), Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB), dan Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah, UKM bermula 29 - 30 Disember 2009. MACASIC akan dirasmikan oleh Y.Bhg. Prof. Tan Sri Dato' Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, Naib Canselor, UKM. Untuk maklumat lanjut, boleh melayari
dan laman web: www.ukm.my/mahrajan.
SEMINAR IKRAB

IKRAB, UKM 12 Disember 2009 - Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB), UKM akan menganjurkan Seminar IKRAB pada 22 Disember 2009 (Selasa) di Bilik Mesyuarat Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), UKM. Seminar setengah hari ini bermula pada jam 2.00 petang. Penceramah yang akan hadir adalah Profesor Dr. Anis Ahmad, Naib Canselor, Riphah International University, Pakistan dan Profesor Dr. Wahbah al-Zuhaily, Profesor di Damascus University, Syria.
Seminar ini diadakan secara percuma dan terbuka kepada semua pihak yang berminat dalam perbincangan ilmiah ini. Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi urusetia di talian 03-8921 4722/3046 (Puan Noorrulhawa Abu Bakar/Puan Hazrin Adila Mohammad Hashim/Puan Salmah Kasmani).
SANGGAR KERJA IKRAB
IKRAB 12 Disember 2009 - Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB), UKM menganjurkan Sanggar Kerja IKRAB bermula 12 - 14 Disember 2009 di MITC Ancasa Hotels & Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. Sanggar Kerja ini bertujuan membuat penilaian aktiviti IKRAB bagi tahun 2009 yang telah dirancang pada tahun 2008 dari segi sasaran dan pencapaian. Selain itu juga, Sanggar Kerja ini akan mengumpulkan kesemua ahli-ahli IKRAB bagi membincangkan perancangan aktiviti tahun 2010. Tuesday, December 1, 2009
TAHNIAH: PERLANTIKAN SEBAGAI TIMBALAN DEKAN, HAL EHWAL AKADEMIK, FAKULTI PENGAJIAN ISLAM
Warga IKRAB mengucapkan setinggi tahniah kepada Prof. Madya Dr. Zamri Arifin, Felo Kanan Bersekutu IKRAB/Prof. Madya di Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam yang telah dilantik sebagai Timbalan Dekan, Hal Ehwal Akademik, Fakulti Pengajian Islam, bermula 16 November 2009 yang lalu bagi tempoh tiga tahun. Semoga beliau akan terus berjaya dalam apa jua kerjaya yang diceburi. Amin.
Subscribe to:
Posts (Atom)