IKRAB, UKM 12 Disember 2009 - Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB), UKM akan menganjurkan Seminar IKRAB pada 22 Disember 2009 (Selasa) di Bilik Mesyuarat Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), UKM. Seminar setengah hari ini bermula pada jam 2.00 petang. Penceramah yang akan hadir adalah Profesor Dr. Anis Ahmad, Naib Canselor, Riphah International University, Pakistan dan Profesor Dr. Wahbah al-Zuhaily, Profesor di Damascus University, Syria.
Seminar ini diadakan secara percuma dan terbuka kepada semua pihak yang berminat dalam perbincangan ilmiah ini. Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi urusetia di talian 03-8921 4722/3046 (Puan Noorrulhawa Abu Bakar/Puan Hazrin Adila Mohammad Hashim/Puan Salmah Kasmani).