Wednesday, August 26, 2009

Seminar Antarabangsa Penjanaan Ekonomi Melalui Transaksi Wang Dinar 2009


ILIM, 27 Ogos 2009: Dinar Research Group (UKM-GUP-EP-07-16-051), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam (JPATI), Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB) dan Kumpulan Kebudayaan Arab dan Peradaban Islam (KUKAPI) telah menganjurkan Seminar Antarabangsa Penjanaan Ekonomi Melalui Transaksi Wang Dinar (SEDINAR'09) pada 27 Ogos 2009 bersamaan 6 Ramadan 1430H di Auditorium al-Syafie, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, Selangor.

Majlis telah dirasmikan oleh Y.B Senator Mejar Jeneral Dato' Haji jamil Khir Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Menurut Prof. Madya Dr. Wan Kamal Mujani, Pengerusi SEDINAR'09, salah satu objektif SEDINAR'09 dianjurkan adalah untuk menyoroti sejarah perkembangan wang dinar sejak awal Islam sehingga zaman 'Uthmani.

Sebanyak 30 kertas kerja telah dibentangkan di dalam pembentangan kertas kerja selari di Auditorium al-Syafie, al-Ghazali dan Ibn-Khaldun.

Thursday, August 6, 2009

SEKALUNG TAHNIAH - ANUGERAH PENGAJAR CEMERLANG



Warga IKRAB dengan bangganya mengucapkan setinggi tahniah kepada Dr. Tamat Sarmidi, Felo Bersekutu IKRAB sebagai salah seorang pemenang ANUGERAH PENGAJAR CEMERLANG pada Majlis Anugerah Sarjana Bestari ke-4 yang akan berlangsung pada 8 Ogos 2009 ini.

Monday, August 3, 2009

HARI BERTEMU PELANGGAN SISWAZAH UKM 2009 - FSKB

FSKB, UKM - Pusat Pengurusan Siswazah (PPS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengadakan Hari Bertemu Pelanggan Siswazah UKM 2009 (Kemasukan Disember 2009) di Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu (FSKB), UKM pada 1-2 Ogos 2009. PPS kini sedang giat menjalankan aktiviti mempromosikan program-program pendidikan sepenuh masa dan separuh masa peringkat Pasca Siswazah (Sarjana dan Doktor Falsafah) bagi Sesi Pengambilan Pengajian Kemasukan Disember 2009/2010. Sebanyak 13 Fakulti dan 14 institut terlibat dalam aktiviti ini. Dalam masa yang sama Y.Bhg. Tan Sri Prof. Dato' Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin telah merasmikan Bulan Siswazah 2009.

Gambar foto: (Dari Kiri) Y.Bhg. Prof. Dato' Dr. Laily bin Din (Pengarah PPS), Y.Bhg. Tan Sri Prof. Dato' Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin dan Y.Bhg. Prof. Dr. Ismail Sahid (Timbalan Pengarah PPS).

Gambar foto: Tetamu mendengar ucapan perasmian.


Gambar foto: Sebahagian daripada fakulti dan institut yang terlibat.
Gambar foto: Lucu....(Dari Kiri): Puan Hazrin Adila Mohamad Hashim (Penolong Pendaftar IKRAB), En. Mohd. Rushdy Mohamad Sharip (Penolong Pendaftar PPS) dan Prof. Madya Dr. Wan Kamal Mujani (Felo Kanan Bersekutu, IKRAB/Timbalan Pengarah Pusat Kembangan Pendidikan - PKP).

Gambar foto: Prof. Madya Dr. Wan Kamal Mujani memberi penerangan ringkas mengenai IKRAB.