Saturday, December 12, 2009

SEMINAR MACASIC

IKRAB 12 Disember 2009 - Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam (JPATI), Fakulti Pengajian Islam (FPI), akan menganjurkan "Malaysia Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization (MACASIC) dengan kerjasama Kumpulan Penyelidikan Kebudayaan Arab dan Peradaban Islam (KUKAPI), Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB), dan Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah, UKM bermula 29 - 30 Disember 2009.
MACASIC akan dirasmikan oleh Y.Bhg. Prof. Tan Sri Dato' Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, Naib Canselor, UKM. Untuk maklumat lanjut, boleh melayari
dan laman web: www.ukm.my/mahrajan.

SEMINAR IKRAB


IKRAB, UKM 12 Disember 2009 - Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB), UKM akan menganjurkan Seminar IKRAB pada 22 Disember 2009 (Selasa) di Bilik Mesyuarat Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), UKM. Seminar setengah hari ini bermula pada jam 2.00 petang. Penceramah yang akan hadir adalah Profesor Dr. Anis Ahmad, Naib Canselor, Riphah International University, Pakistan dan Profesor Dr. Wahbah al-Zuhaily, Profesor di Damascus University, Syria.

Seminar ini diadakan secara percuma dan terbuka kepada semua pihak yang berminat dalam perbincangan ilmiah ini. Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi urusetia di talian 03-8921 4722/3046 (Puan Noorrulhawa Abu Bakar/Puan Hazrin Adila Mohammad Hashim/Puan Salmah Kasmani).

SANGGAR KERJA IKRAB

IKRAB 12 Disember 2009 - Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB), UKM menganjurkan Sanggar Kerja IKRAB bermula 12 - 14 Disember 2009 di MITC Ancasa Hotels & Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. Sanggar Kerja ini bertujuan membuat penilaian aktiviti IKRAB bagi tahun 2009 yang telah dirancang pada tahun 2008 dari segi sasaran dan pencapaian. Selain itu juga, Sanggar Kerja ini akan mengumpulkan kesemua ahli-ahli IKRAB bagi membincangkan perancangan aktiviti tahun 2010.

Tuesday, December 1, 2009

TAHNIAH: PERLANTIKAN SEBAGAI TIMBALAN DEKAN, HAL EHWAL AKADEMIK, FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

Warga IKRAB mengucapkan setinggi tahniah kepada Prof. Madya Dr. Zamri Arifin, Felo Kanan Bersekutu IKRAB/Prof. Madya di Jabatan Pengajian Arab & Tamadun Islam yang telah dilantik sebagai Timbalan Dekan, Hal Ehwal Akademik, Fakulti Pengajian Islam, bermula 16 November 2009 yang lalu bagi tempoh tiga tahun.

Semoga beliau akan terus berjaya dalam apa jua kerjaya yang diceburi. Amin.

TAHNIAH: PERLANTIKAN DR. KASEH ABU BAKAR SEBAGAI TIMBALAN PENGARAH, PEJABAT HUBUNGAN ANTARABANGSA, UKM

Warga IKRAB mengucapkan setinggi tahniah di atas pelantikan Dr. Kaseh Hj. Abu Bakar, Penyelidik Bersekutu, IKRAB/Pensyarah, Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai Timbalan Pengarah, Pejabat Hubungan Antarabangsa, UKM bermula 16 November 2009 yang lalu bagi tempoh tiga tahun.

Semoga beliau akan terus berjaya dalam apa juga kerjaya yang diceburi. Amin.

Thursday, November 19, 2009

TAHNIAH: SELAMAT HARI LAHIR PUAN SALMAH KASMANI

IKRAB 19 November 2009 - Warga IKRAB mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Puan Salmah Kasmani. Semoga senantiasa berjaya di dalam kehidupan di dunia dan akhirat.

Tuesday, November 17, 2009

PAMERAN PROMOSI PENDIDIKAN DALAM NEGARA: P.I.S.A PULAU PINANG

(Foto: Puan Hazrin Adila Mohamad Hashim, Penolong Pendaftar IKRAB memberi penerangan mengenai penawaran program pasca siswazah di IKRAB, UKM)

(Foto: Wakil Pusat Pengajian Siswazah dan Fakulti Farmasi sedang memberi penerangan mengenai program yang ditawarkan di UKM)

(Foto: Wakil daripada Institut Sel Fuel sedang membantu pengunjung memilih program pasca siswazah)

(Foto: Wakil Institut Sel Fuel menerangkan salah satu daripada hasil penyelidikan institut kepada pengunjung)

PISA, Pulau Pinang 14 - 15 November 2009: Pusat Pengajian Siswazah (PPS), UKM telah menyertai Expo Kerjaya dan Pameran Graduan Sarjana di Penang International Sports Arena (PISA), Bayan Baru, Pulau Pinang. Expo Kerjaya dan Graduan ini dibuka mulai jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang selama dua hari kepada para pengunjung.
Pameran Graduan Sarjana (Postgraduate Expo) ini bertujuan memberi maklumat dan pendedahan berguna kepada pelajar yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Sarjana atau Doktor Falsafah di institusi pengajian tinggi di dalam dan juga di luar negara.
Bagi delegasi UKM, sebagaimana sebelumnya promosi yang diselaraskan oleh PPS, UKM turut disertai oleh IKRAB, Pusat Kembangan Pendidikan, Graduate School of Business serta dua penyertaan baru iaitu dari IKON dan Fakulti Farmasi, UKM. Pameran kerjaya dan pendidikan ini telah menarik ramai pengunjung di sekitar Pulau Pinang.

TAHNIAH: PROF. DR. JAMAL OTHMAN, TIMBALAN PENGARAH IKRAB

IKRAB - Tahniah diucapkan kepada Y.Bhg. Prof. Dr. Jamal Othman, Timbalan Pengarah IKRAB atas pelantikan secara pinjaman sebagai Ketua Penyelidik di pasukan Sekretariat, majlis Penasihat Ekonomi Negara, Jabatan Perdana Menteri bermula Oktober 2009. Semoga kesinambungan usaha dan kerjasama dengan IKRAB berterusan walaupun telah bertugas di tempat baru.

PAMERAN PROMOSI PENDIDIKAN DALAM NEGARA - KULIM, KEDAH

(Foto: Delegasi UKM)
KULIM 25 Julai - IKRAB telah menyertai penyertaan Pameran Promosi Pendidikan Dalam Negara: 3rd Kulim Career and Postgraduate Expo 2009 di Dewan Bandaran Kulim, Kedah pada 25-26 Julai 2009. Tujuan pameran promosi ini adalah untuk menggalakkan pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda menyambung pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. IKRAB, Pusat Kembangan Pelajar, Graduate School of Business, UKM telah menyertai pameran promosi ini atas anjuran Pusat Pengajian Siswazah, UKM.

Tuesday, November 10, 2009

BENGKEL PENYELIDIKAN ARUS PERDANA

IKRAB 9 November 2009 - IKRAB mengadakan Bengkel Penyelidikan Arus Perdana yang membincangkan perancangan projek bagi tahun 2010. Projek Arus Perdana merupakan projek baru bagi IKRAB untuk tempoh dua tahun bermula 2010 sehingga 2012. Projek yang bertajuk "Diaspora Rakyat Malaysia di Negara Teluk: Cabaran dan Sumbangan kepada negara" diketuai oleh Prof. Dr. Siti Rugayah Haji Tibek bersama 10 orang penyelidik bersama.
Penyelidik bersama bagi projek ini adalah:
1. Prof. Dr. Jawiah Dakir, Timbalan Pengarah, HADHARI
2. Prof. Dr. Mohd. Safar Hasim, Felo Utama Bersekutu, IKRAB
3. Prof. Madya Dr. Kamaruzaman Yusoff, Felo Kanan Bersekutu, IKRAB
4. Prof. Madya Dr. Wan Kamal Mujani, Felo Kanan Bersekutu, IKRAB
5. Prof. Madya Dr. Zamri Arifin, Felo Kanan Bersekutu, IKRAB
6. Prof. Madya Dr. Fariza Md. Sham, Fakulti Pengajian Islam
7. Prof. Madya Dr. Badlihisham Mohd. Nasir, Penyelidik Bersekutu, IKRAB
8. Dr. Kaseh Abu Bakar, Penyelidik Bersekutu, IKRAB
9. Dr. Tamat Sarmidi, Felo Bersekutu, IKRAB
10. Puan Maznah Ibrahim, Penyelidik Bersekutu, IKRAB

DISKUSI SISWAZAH IKRAB BIL.1: MOHAMMED MUNDHER JALAL

BENGKEL GOVERNANS PENGURUSAN INSTITUT KECEMERLANGAN

PUTRAJAYA 27 Oktober 2009 - Puan Hazrin Adila Mohamad Hashim, Penolong Pendaftar IKRAB telah menghadiri Bengkel Governans Pengurusan Institut Kecemerlangan pada 27 - 28 Oktober 2009 di Hotel Pullman Putrajaya. Bengkel tersebut turut dihadiri oleh Penolong Pendaftar IKMAS, LESTARI, UMBI, INBIOSIS, HADHARI dan IKON.

SEMOGA PANJANG UMUR DAH MURAH REZEKI: PROF. DR. JAMAL OTHMAN



IKRAB 26 Oktober 2009 - IKRAB mengucapkan selamat hari lahir kepada Y.bhg. Prof. Dr. Jamal Othman, Timbalan Pengarah IKRAB atas ulang tahun kelahiran beliau. Semoga panjang umur, murah rezki dan berjaya di dunia dan akhirat.

TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN: SAUDARA AMZAR HAFIFI ABD. GHOFUR, PEMBANTU PENYELIDIK IKRAB

(Foto: Y.Bhg. Prof. Dr. Siti Rugayah Haji Tibek, Pengarah IKRAB memberikan cenderamata kenang-kenangan kepada Saudara Amzar Hafifi)

IKRAB 26 Oktober 2009 - IKRAB mengucapkan ribuan terima kasih kepada Saudara Amzar Hafifi Abd. Ghofur atas sumbangan beliau sepanjang menjadi pembantu penyelidik di IKRAB. Beliau kini dalam proses menyambung pelajaran di peringkat Sarjana. Semoga beliau berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

TAKZIAH: MANTAN MALIM IKRAB - DR. HAJI ZAINUDIN JAFFAR

(Foto: Dr. Haji Zainudin Haji Jaffar Sumber:http://meaufakhalilah.blogspot.com)
Dukacita dimaklumkan bahawa mantan malim IKRAB, Dr. Haji Zainudin Haji Jaffar
(13 Julai - 23 Julai 2009) telah kembali ke Rahmatullah pada 25 Oktober 2009.


BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin - Jenazah pensyarah Jabatan Perdagangan dan Pengurusan dan Fakulti Perdagangan, Kajian Dasar dan Ekonomi Universiti Brunei Darussalam, Allahyarham Dr Haji Zainudin Haji Jaffar (gambar) hari ini selamat dikebumikan selepas beliau meninggal dunia lewat petang semalam.

Allahyarham yang menerima rawatan di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha setelah koma sejak hampir dua bulan lalu dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Kiulap berhampiran Masjid Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Dayang Ni'mah Haji Ismail dan tujuh orang anak iaitu lima orang perempuan dan dua orang anak lelaki.

Allahyarham dilahirkan di Tanjung Karang, Selangor, Malaysia pada 29 September 1961 dan antara lain pernah menganggotai jawatankuasa perancangan bagi meningkatkan Maktab Perguruan Ugama Seri Begawan kepada Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan pada 2006.

Jawatan terakhir dipegang Allahyarham sebelum dimasukkan ke hospital ialah anggota Sekretariat Perjawatan, Universiti Islam Sultan Sharif Ali.

SURAT HASRAT: IKRAB & COLLEGE OF ARTS, DEPARTMENT OF HISTORY, KING SAUD UNIVERSITY


IKRAB
&
College of Arts, Department of History, King Saud University
13 Oktober 2009
Wakil:
Dr. Said Ali Alghailani

SURAT HASRAT: IKRAB & CISMOR

IKRAB, UKM
&
Center for Interdisciplinary Studies for Monotheistic Religions (CISMOR),
Doshisha University, Jepun

13 Oktober 2009

Wakil:
Y.Bhg. Prof. Dr. Hassan Ko Nakata

Monday, November 9, 2009

PENERBITAN SULUNG IKRAB

HARGA BUKU KUDETA 1953:
RM 25.00



BULETIN IKRAB BIL. 1:
PERCUMA

SEMINAR ANTARABANGSA "WEST ASIA - MALAY WORLD RELATIONS: OPPORTUNITIES FROM GLOBALIZATION"

SEMINAR ANTARABANGSA
"WEST ASIA - MALAY WORLD RELATIONS:
OPPORTUNITIES FROM GLOBALIZATIONS"

13 - 14 OKTOBER 2009
BILIK MESYUARAT SENAT DAN MAJLIS,
ARAS 5, BANGUNAN CANSELORI,
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA,
BANGI, SELANGOR
ANJURAN
INSTITUT KAJIAN RANTAU ASIA BARAT (IKRAB)
DENGAN KERJASAMA:
BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD
DAN KUMPULAN PENYELIDIKAN:
UKM-GUP-JKKBG-08-02-007
UKM-GUP-EP-07-17-131

CERAMAH UMUM: PROF. DR. JO VAN STEENBERGEN

Ceramah Umum:
Prof. Dr. Jo Van Steenbergen, Belgium

Tajuk:
Reading between the lines:
A literary and architectural glimpse behind the scene of 14th century court politics

8 Oktober 2009
9.30 – 11.30 pagi
Bilik Majlis, aras 5, Bangunan Canselori, UKM

Anjuran:
KUKAPI, FPI
IKRAB

PERBINCANGAN PROF. DR. JO VAN STEENBERGEN

Prof. Dr. Jo Van Steenbergen, Belgium

Tajuk:
Yalbugha al-Khassaki (d.1366). The last of the Qalawunid Magnates

7 Oktober 2009
2.00 – 4.00 petang Bilik Mesyuarat Audit Dalam
Anjuran:
KUKAPI, FPI
IKRAB

BENGKEL PROF. DR. JO VAN STEENBERGEN

Workshop on writing for International Journal

Penceramah:
Prof. Dr. Jo Van Steenbergen, Belgium

6 Oktober 2009
9.30 – 5.00 petang
Pusat Kembangan Pendidikan, UKM
Anjuran:
KUKAPI, FPI
IKRAB

Wednesday, August 26, 2009

Seminar Antarabangsa Penjanaan Ekonomi Melalui Transaksi Wang Dinar 2009


ILIM, 27 Ogos 2009: Dinar Research Group (UKM-GUP-EP-07-16-051), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam (JPATI), Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB) dan Kumpulan Kebudayaan Arab dan Peradaban Islam (KUKAPI) telah menganjurkan Seminar Antarabangsa Penjanaan Ekonomi Melalui Transaksi Wang Dinar (SEDINAR'09) pada 27 Ogos 2009 bersamaan 6 Ramadan 1430H di Auditorium al-Syafie, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, Selangor.

Majlis telah dirasmikan oleh Y.B Senator Mejar Jeneral Dato' Haji jamil Khir Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Menurut Prof. Madya Dr. Wan Kamal Mujani, Pengerusi SEDINAR'09, salah satu objektif SEDINAR'09 dianjurkan adalah untuk menyoroti sejarah perkembangan wang dinar sejak awal Islam sehingga zaman 'Uthmani.

Sebanyak 30 kertas kerja telah dibentangkan di dalam pembentangan kertas kerja selari di Auditorium al-Syafie, al-Ghazali dan Ibn-Khaldun.

Thursday, August 6, 2009

SEKALUNG TAHNIAH - ANUGERAH PENGAJAR CEMERLANG



Warga IKRAB dengan bangganya mengucapkan setinggi tahniah kepada Dr. Tamat Sarmidi, Felo Bersekutu IKRAB sebagai salah seorang pemenang ANUGERAH PENGAJAR CEMERLANG pada Majlis Anugerah Sarjana Bestari ke-4 yang akan berlangsung pada 8 Ogos 2009 ini.

Monday, August 3, 2009

HARI BERTEMU PELANGGAN SISWAZAH UKM 2009 - FSKB

FSKB, UKM - Pusat Pengurusan Siswazah (PPS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengadakan Hari Bertemu Pelanggan Siswazah UKM 2009 (Kemasukan Disember 2009) di Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu (FSKB), UKM pada 1-2 Ogos 2009. PPS kini sedang giat menjalankan aktiviti mempromosikan program-program pendidikan sepenuh masa dan separuh masa peringkat Pasca Siswazah (Sarjana dan Doktor Falsafah) bagi Sesi Pengambilan Pengajian Kemasukan Disember 2009/2010. Sebanyak 13 Fakulti dan 14 institut terlibat dalam aktiviti ini. Dalam masa yang sama Y.Bhg. Tan Sri Prof. Dato' Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin telah merasmikan Bulan Siswazah 2009.

Gambar foto: (Dari Kiri) Y.Bhg. Prof. Dato' Dr. Laily bin Din (Pengarah PPS), Y.Bhg. Tan Sri Prof. Dato' Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin dan Y.Bhg. Prof. Dr. Ismail Sahid (Timbalan Pengarah PPS).

Gambar foto: Tetamu mendengar ucapan perasmian.


Gambar foto: Sebahagian daripada fakulti dan institut yang terlibat.
Gambar foto: Lucu....(Dari Kiri): Puan Hazrin Adila Mohamad Hashim (Penolong Pendaftar IKRAB), En. Mohd. Rushdy Mohamad Sharip (Penolong Pendaftar PPS) dan Prof. Madya Dr. Wan Kamal Mujani (Felo Kanan Bersekutu, IKRAB/Timbalan Pengarah Pusat Kembangan Pendidikan - PKP).

Gambar foto: Prof. Madya Dr. Wan Kamal Mujani memberi penerangan ringkas mengenai IKRAB.

Wednesday, July 29, 2009

MAJLIS PERPISAHAN DR. SULAIMAN IBRAHIM, FELO BERSEKUTU IKRAB DAN PUAN NAZIRAH ABD. RAHIM, PEMBANTU PENYELIDIK SISWAZAH IKRAB

IKRAB, UKM - Telah berlangsung Majlis Perpisahan Dr. Sulaiman Ibrahim, Felo Bersekutu IKRAB dan Puan Nazirah Abd. Rahim, Pembantu Penyelidik Siswazah IKRAB, semalam (27 Julai 2009). Dr. Sulaiman Ibrahim akan menamatkan perkhidmatannya di UKM dan menyambung kerjayanya di Brunei Darussalam manakala Puan Nazirah Abd. Rahim akan memulakan kerjayanya sebagai Guru Bahasa Arab di Johor.

Gambar foto: (Dari kiri) Prof. Dr. Siti Rugayah Haji Tibek, Pengarah IKRAB, Puan Salmah Kasmani, PA kepada Pengarah, Dr. Sulaiman Ibrahim dan Puan Hazrin Adila, Penolong Pendaftar IKRAB.


Gambar foto: Pengarah IKRAB memberikan sepatah dua kata manakala Puan Nazirah Abd. Rahim menahan sebak.

Gambar foto: Dr. Sulaiman Ibrahim memberikan sepatah dua kata.

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduian.

SURAT HASRAT ANTARA IKRAB DAN ISLAMIC TOURISM CENTRE, KEMENTERIAN PERLANCONGAN MALAYSIA

Gambar foto: (Dari kiri) En. Alex Rajakumar, En. Zainuddin Abdul Wahab, Prof. Dr. Siti Rugayah Haji Tibek dan Prof. Dr. Mohd. Safar Hasim

UKM, BANGI - Telah berlangsung Majlis Menandatangani Surat Hasrat di antara Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB), Universiti Kebangsaan Malaysia dengan Islamic Tourism Centre (ITC), Kementerian Pelancongan Malaysia pada 27 Julai 2009; jam 12.30 tengah hari di Bilik Perbincangan IKRAB. Bagi pihak IKRAB, Surat Hasrat telah ditandatangani oleh Prof. Dr. Siti Rugayah Haji Tibek (Pengarah IKRAB) manakala di pihak ITC adalah En. Zainuddin Abdul Wahab (Director General). Majlis turut disaksikan oleh Prof. Dr. Mohd. Safar Hasim, Felo Utama Bersekutu IKRAB dan En. Alex Rajakumar (Director, Capacity Building), ITC.

BENGKEL DINAR EMAS 2009

FPI-IKRAB, UKM: Dinar Research Group UKM, Fakulti Pengajian Islam UKM, Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB), UKM dan Graduate School of Business (GSB), UKM telah menganjurkan Bengkel Dinar Emas 2009 pada 24-25 Julai 2009 (Khamis dan Jumaat) bertempat di Bilik Seminar Pusat Penerbitan Dan Percetakan, Pusat Penerbitan dan Percetakan Blok-A, UKM. Pengarah bagi Bengkel Dinar Emas 2009 adalah Prof. Madya Dr. Wan Kamal Mujani manakala panel pembentang bagi bengkel tersebut adalah Prof Umar Ibrahim Vadillo.

Gambar foto: Prof. Madya Dr. Wan Kamal Mujani, Pengarah Bengkel Dinar Emas 2009

Gambar foto: Prof Umar Ibrahim Vadillo

Gambar foto: Peserta bengkel memberikan maklum balas

Gambar foto: Peserta bengkel memberikan tumpuan terhadap pembentangan

3RD KULIM CAREER & POSTGRADUATE EXPO 2009, DEWAN BANDARAN KULIM, KEDAH - 25 - 26 JULAI 2009

KULIM, KEDAH - Institit Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB) telah menyertai Pusat Pengurusan Siswazah (PPS), UKM dalam 3rd Kulim Career & Postgraduate Expo 2009 di Dewan Bandaran Kulim, Kedah pada 25 - 26 Julai 2009.

Audit COPPA di IKRAB