Thursday, November 19, 2009

TAHNIAH: SELAMAT HARI LAHIR PUAN SALMAH KASMANI

IKRAB 19 November 2009 - Warga IKRAB mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Puan Salmah Kasmani. Semoga senantiasa berjaya di dalam kehidupan di dunia dan akhirat.

Tuesday, November 17, 2009

PAMERAN PROMOSI PENDIDIKAN DALAM NEGARA: P.I.S.A PULAU PINANG

(Foto: Puan Hazrin Adila Mohamad Hashim, Penolong Pendaftar IKRAB memberi penerangan mengenai penawaran program pasca siswazah di IKRAB, UKM)

(Foto: Wakil Pusat Pengajian Siswazah dan Fakulti Farmasi sedang memberi penerangan mengenai program yang ditawarkan di UKM)

(Foto: Wakil daripada Institut Sel Fuel sedang membantu pengunjung memilih program pasca siswazah)

(Foto: Wakil Institut Sel Fuel menerangkan salah satu daripada hasil penyelidikan institut kepada pengunjung)

PISA, Pulau Pinang 14 - 15 November 2009: Pusat Pengajian Siswazah (PPS), UKM telah menyertai Expo Kerjaya dan Pameran Graduan Sarjana di Penang International Sports Arena (PISA), Bayan Baru, Pulau Pinang. Expo Kerjaya dan Graduan ini dibuka mulai jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang selama dua hari kepada para pengunjung.
Pameran Graduan Sarjana (Postgraduate Expo) ini bertujuan memberi maklumat dan pendedahan berguna kepada pelajar yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Sarjana atau Doktor Falsafah di institusi pengajian tinggi di dalam dan juga di luar negara.
Bagi delegasi UKM, sebagaimana sebelumnya promosi yang diselaraskan oleh PPS, UKM turut disertai oleh IKRAB, Pusat Kembangan Pendidikan, Graduate School of Business serta dua penyertaan baru iaitu dari IKON dan Fakulti Farmasi, UKM. Pameran kerjaya dan pendidikan ini telah menarik ramai pengunjung di sekitar Pulau Pinang.

TAHNIAH: PROF. DR. JAMAL OTHMAN, TIMBALAN PENGARAH IKRAB

IKRAB - Tahniah diucapkan kepada Y.Bhg. Prof. Dr. Jamal Othman, Timbalan Pengarah IKRAB atas pelantikan secara pinjaman sebagai Ketua Penyelidik di pasukan Sekretariat, majlis Penasihat Ekonomi Negara, Jabatan Perdana Menteri bermula Oktober 2009. Semoga kesinambungan usaha dan kerjasama dengan IKRAB berterusan walaupun telah bertugas di tempat baru.

PAMERAN PROMOSI PENDIDIKAN DALAM NEGARA - KULIM, KEDAH

(Foto: Delegasi UKM)
KULIM 25 Julai - IKRAB telah menyertai penyertaan Pameran Promosi Pendidikan Dalam Negara: 3rd Kulim Career and Postgraduate Expo 2009 di Dewan Bandaran Kulim, Kedah pada 25-26 Julai 2009. Tujuan pameran promosi ini adalah untuk menggalakkan pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda menyambung pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. IKRAB, Pusat Kembangan Pelajar, Graduate School of Business, UKM telah menyertai pameran promosi ini atas anjuran Pusat Pengajian Siswazah, UKM.

Tuesday, November 10, 2009

BENGKEL PENYELIDIKAN ARUS PERDANA

IKRAB 9 November 2009 - IKRAB mengadakan Bengkel Penyelidikan Arus Perdana yang membincangkan perancangan projek bagi tahun 2010. Projek Arus Perdana merupakan projek baru bagi IKRAB untuk tempoh dua tahun bermula 2010 sehingga 2012. Projek yang bertajuk "Diaspora Rakyat Malaysia di Negara Teluk: Cabaran dan Sumbangan kepada negara" diketuai oleh Prof. Dr. Siti Rugayah Haji Tibek bersama 10 orang penyelidik bersama.
Penyelidik bersama bagi projek ini adalah:
1. Prof. Dr. Jawiah Dakir, Timbalan Pengarah, HADHARI
2. Prof. Dr. Mohd. Safar Hasim, Felo Utama Bersekutu, IKRAB
3. Prof. Madya Dr. Kamaruzaman Yusoff, Felo Kanan Bersekutu, IKRAB
4. Prof. Madya Dr. Wan Kamal Mujani, Felo Kanan Bersekutu, IKRAB
5. Prof. Madya Dr. Zamri Arifin, Felo Kanan Bersekutu, IKRAB
6. Prof. Madya Dr. Fariza Md. Sham, Fakulti Pengajian Islam
7. Prof. Madya Dr. Badlihisham Mohd. Nasir, Penyelidik Bersekutu, IKRAB
8. Dr. Kaseh Abu Bakar, Penyelidik Bersekutu, IKRAB
9. Dr. Tamat Sarmidi, Felo Bersekutu, IKRAB
10. Puan Maznah Ibrahim, Penyelidik Bersekutu, IKRAB

DISKUSI SISWAZAH IKRAB BIL.1: MOHAMMED MUNDHER JALAL

BENGKEL GOVERNANS PENGURUSAN INSTITUT KECEMERLANGAN

PUTRAJAYA 27 Oktober 2009 - Puan Hazrin Adila Mohamad Hashim, Penolong Pendaftar IKRAB telah menghadiri Bengkel Governans Pengurusan Institut Kecemerlangan pada 27 - 28 Oktober 2009 di Hotel Pullman Putrajaya. Bengkel tersebut turut dihadiri oleh Penolong Pendaftar IKMAS, LESTARI, UMBI, INBIOSIS, HADHARI dan IKON.

SEMOGA PANJANG UMUR DAH MURAH REZEKI: PROF. DR. JAMAL OTHMAN



IKRAB 26 Oktober 2009 - IKRAB mengucapkan selamat hari lahir kepada Y.bhg. Prof. Dr. Jamal Othman, Timbalan Pengarah IKRAB atas ulang tahun kelahiran beliau. Semoga panjang umur, murah rezki dan berjaya di dunia dan akhirat.

TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN: SAUDARA AMZAR HAFIFI ABD. GHOFUR, PEMBANTU PENYELIDIK IKRAB

(Foto: Y.Bhg. Prof. Dr. Siti Rugayah Haji Tibek, Pengarah IKRAB memberikan cenderamata kenang-kenangan kepada Saudara Amzar Hafifi)

IKRAB 26 Oktober 2009 - IKRAB mengucapkan ribuan terima kasih kepada Saudara Amzar Hafifi Abd. Ghofur atas sumbangan beliau sepanjang menjadi pembantu penyelidik di IKRAB. Beliau kini dalam proses menyambung pelajaran di peringkat Sarjana. Semoga beliau berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

TAKZIAH: MANTAN MALIM IKRAB - DR. HAJI ZAINUDIN JAFFAR

(Foto: Dr. Haji Zainudin Haji Jaffar Sumber:http://meaufakhalilah.blogspot.com)
Dukacita dimaklumkan bahawa mantan malim IKRAB, Dr. Haji Zainudin Haji Jaffar
(13 Julai - 23 Julai 2009) telah kembali ke Rahmatullah pada 25 Oktober 2009.


BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin - Jenazah pensyarah Jabatan Perdagangan dan Pengurusan dan Fakulti Perdagangan, Kajian Dasar dan Ekonomi Universiti Brunei Darussalam, Allahyarham Dr Haji Zainudin Haji Jaffar (gambar) hari ini selamat dikebumikan selepas beliau meninggal dunia lewat petang semalam.

Allahyarham yang menerima rawatan di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha setelah koma sejak hampir dua bulan lalu dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Kiulap berhampiran Masjid Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Dayang Ni'mah Haji Ismail dan tujuh orang anak iaitu lima orang perempuan dan dua orang anak lelaki.

Allahyarham dilahirkan di Tanjung Karang, Selangor, Malaysia pada 29 September 1961 dan antara lain pernah menganggotai jawatankuasa perancangan bagi meningkatkan Maktab Perguruan Ugama Seri Begawan kepada Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan pada 2006.

Jawatan terakhir dipegang Allahyarham sebelum dimasukkan ke hospital ialah anggota Sekretariat Perjawatan, Universiti Islam Sultan Sharif Ali.

SURAT HASRAT: IKRAB & COLLEGE OF ARTS, DEPARTMENT OF HISTORY, KING SAUD UNIVERSITY


IKRAB
&
College of Arts, Department of History, King Saud University
13 Oktober 2009
Wakil:
Dr. Said Ali Alghailani

SURAT HASRAT: IKRAB & CISMOR

IKRAB, UKM
&
Center for Interdisciplinary Studies for Monotheistic Religions (CISMOR),
Doshisha University, Jepun

13 Oktober 2009

Wakil:
Y.Bhg. Prof. Dr. Hassan Ko Nakata

Monday, November 9, 2009

PENERBITAN SULUNG IKRAB

HARGA BUKU KUDETA 1953:
RM 25.00



BULETIN IKRAB BIL. 1:
PERCUMA

SEMINAR ANTARABANGSA "WEST ASIA - MALAY WORLD RELATIONS: OPPORTUNITIES FROM GLOBALIZATION"

SEMINAR ANTARABANGSA
"WEST ASIA - MALAY WORLD RELATIONS:
OPPORTUNITIES FROM GLOBALIZATIONS"

13 - 14 OKTOBER 2009
BILIK MESYUARAT SENAT DAN MAJLIS,
ARAS 5, BANGUNAN CANSELORI,
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA,
BANGI, SELANGOR
ANJURAN
INSTITUT KAJIAN RANTAU ASIA BARAT (IKRAB)
DENGAN KERJASAMA:
BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD
DAN KUMPULAN PENYELIDIKAN:
UKM-GUP-JKKBG-08-02-007
UKM-GUP-EP-07-17-131

CERAMAH UMUM: PROF. DR. JO VAN STEENBERGEN

Ceramah Umum:
Prof. Dr. Jo Van Steenbergen, Belgium

Tajuk:
Reading between the lines:
A literary and architectural glimpse behind the scene of 14th century court politics

8 Oktober 2009
9.30 – 11.30 pagi
Bilik Majlis, aras 5, Bangunan Canselori, UKM

Anjuran:
KUKAPI, FPI
IKRAB

PERBINCANGAN PROF. DR. JO VAN STEENBERGEN

Prof. Dr. Jo Van Steenbergen, Belgium

Tajuk:
Yalbugha al-Khassaki (d.1366). The last of the Qalawunid Magnates

7 Oktober 2009
2.00 – 4.00 petang Bilik Mesyuarat Audit Dalam
Anjuran:
KUKAPI, FPI
IKRAB

BENGKEL PROF. DR. JO VAN STEENBERGEN

Workshop on writing for International Journal

Penceramah:
Prof. Dr. Jo Van Steenbergen, Belgium

6 Oktober 2009
9.30 – 5.00 petang
Pusat Kembangan Pendidikan, UKM
Anjuran:
KUKAPI, FPI
IKRAB