Wednesday, June 23, 2010

TAHNIAH: PROF. DR. BADLIHISHAM MOHD. NASIR

Dengan hormatnya adalah dimaklumkan bahawa PROF. MADYA DR. BADLIHISHAM MOHD. NASIR, Penyelidik Bersekutu IKRAB telah dinaikkan pangkat ke jawatan Profesor bermula 10 Jun 2010 yang lalu.
Semoga kejayaan akan mendorongkan beliau terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang bagi perkembangan dan kemajuan Universiti.

Friday, May 14, 2010

TAHNIAH PROF. DR. HAJI ROHIMI HAJI SHAPIEE


WARGA IKRAB mengucapkan tahniah di atas kenaikan pangkat Prof Madya Dr. Rohimi Shapiee ke Kursi Profesor Gred Khas C mulai 1 April 2010.

Semoga kejayaan akan mendorongkan beliau terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang bagi perkembangan dan kemajuan Universiti.

Thursday, May 13, 2010

TAHNIAH DAN SELAMAT KEMBALI BERTUGAS


Warga IKRAB mengucapkan tahniah kepada Puan Hazrin selaku Penolong Pendaftar IKRAB kerana selamat melahirkan seorang cahaya mata pada 8 Mac 2010 yang lalu. Bayi seberat 3.14kg, diberi nama Adam Isyraf bin Nurul Ilmi dan selamat dilahirkan di Hospital Putrajaya pada pukul 2.18 petang. Semoga beliau dan keluarga hidup berbahagia dunia akhirat. Amin.
Warga IKRAB juga mengucapkan selamat kembali bertugas buat Puan Hazrin Adila.

MAJLIS PERPISAHAN DAN PENGHARGAAN

IKRAB mengucapkan ribuan terima kasih dan selamat maju jaya kepada Cik Maizatul Farisah Mohd. Mokhtar dan Puan Nur Khuzaimah Lokhman sepanjang berkhidmat sebagai Pembantu Penyelidik di IKRAB.
Foto: Prof. Dr. Siti Rugayah Haji Tibek, Pengarah IKRAB menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Cik Maizatul Farisah

Foto: Prof. Dr. Siti Rugayah Haji Tibek, Pengarah IKRAB menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada Puan Nur Khuzaimah


Thursday, May 6, 2010

ANUGERAH PENYELIDIKAN (BERKUMPULAN) - PENILAIAN 2009 (30 APRIL 2010)

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Anugerah Khas Kualiti UKM tahun 2010 (Penilaian Tahun 2009) pada 15 April 2010 telah bersetuju agar Kumpulan Penyelidikan Kajian Rantau Asia Barat dikurniakan hadiah utama bagi Anugerah Penyelidikan (Berkumpulan).
Anugerah telah disampaikan pada Majlis Anugerah Inovasi ke-5 pada 30 April 2010; 7.30 malam; di Puri Pujangga, UKM, Bangi.
TAHNIAH DAN SYABAS, semoga anugerah ini akan menjadi perangsang untuk IKRAB bersepadu bagi mencapai sebarang usaha untuk mencapai kecemerlangan yang lebih lagi dari masa ke masa selaras dengan hasrat menjadi UKM sebuah pusat keilmuan yang terkehadapan, berteknologi dan berdaya saing bertaraf global.

Wednesday, May 5, 2010

JARINGAN PENYELIDIKAN KE INSTITUTE FOR MEDITERRANEAN STUDIES, KOREA SELATAN (30 APRIL - 3 MEI 2010)

IKRAB telah menandatangani Surat Hasrat dengan Institute for Mediterranean Studies (IMS), Pusan University of Foreign Studies, Korea Selatan pada 30 April 2010. IKRAB diwakili oleh Prof. Madya Dr. Wan Kamal Mujani, Timbalan Pengarah IKRAB manakala IMS diwakil oleh Dr. Hah Byoung Joo, Dekan IMS.

PAMERAN PROMOSI UKM: 12TH POSTGRADUATE EDUCATION FAIR 2010 (16-18 APRIL 2010)

Pusat Pengurusan Siswazah (PPS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menyertai pameran bersempena 12th Postgraduate Education Fair 2010 yang telah diadakan pada 16-18 April 2010 bertempat di MidValley International Exhibition Centre (MIVEC), Kuala Lumpur bermula jam 10.00 pagi hingga 7.00 malam selama 3 hari. PPS telah turut mengundang IKRAB dan beberapa jabatan di UKM untuk menyertai pameran tersebut.


BENGKEL PENERBITAN DAN PENYEDIAAN ARTIKEL JURNAL (14 APRIL 2010)




IKRAB & SCHOOL OF INTERNATIONAL STUDIES, SUN YAT-SEN, CHINA (9 APRIL 2010)

Pada 9 April 2010, IKRAB telah menandatangani Surat Hasrat dengan Sun Yat Sen University, China. Surat Hasrat telah ditandatangani oleh Prof. Dr. Siti Rugayah Haji Tibek, Pengarah IKRAB manakala En. Seid Y.Z. Ma, Pengerusi Jabatan Bahasa Arab dan Budaya, School of International Studies mewakili Sun Yat Sen University (Kampus Zhuhai), China.
Foto: Majlis menandatangani Surat Hasrat telah disaksikan oleh Prof. Dr. Mohd. Safar Hasim, Felo Utama Bersekutu IKRAB (kiri); Prof. Madya Dr. Wan Kamal Mujani, Timbalan Pengarah IKRAB (tengah) dan Puan Salmah Kasmani, Setiausaha Kepada Pengarah (kanan)

PERSIDANGAN MEJA BULAT AL-JAZARI (8 APRIL 2010)


Foto: Pengerusi Persidangan Meja Bulat, Prof. Madya Dr. Kamaruzaman Yusoff memberikan cenderamata kepada perasmi persidangan Prof. Madya Dr. Wan Kamal Mujani, Timbalan Pengarah IKRAB

Foto: Antara peserta yang hadir

Foto: Ustazah Roziah Sidek, Fakulti Pengajian Islam, UKM membentangkan kertas kerja bertajuk "Kemajuan Kejuruteraan Dalam Tamadun Islam"

Foto: Prof. Madya Dr. Kamaruzaman Yusoff, Felo Kanan Bersekutu IKRAB sedang membentangkan kertas kerja bertajuk "Sumbangan Al-Jazari Dalam Bidang Kejuruteraan"

Foto: Dr. Nordin Jamaludin, Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, UKM membentangkan tajuk "Analisis Kejuruteraan Sistem Pengangkat Air Ismail Al-Jazari"

Foto: Peserta sedang memberi tumpuan kepada kertas kerja yang dibentangkan

Foto: Antara peserta yang hadir

WACANA IKRAB BIL. 11 (9 MAC 2010)


DISKUSI SISWAZAH BIL. 2 (5 MAC 2010)

Diskusi Siswazah bil. 2
5 Mac 2010

Merupakan pembentangan proposal wajib bagi para pelajar pasca siswazah IKRAB. Dalam diskusi ini, hadirin yang hadir berpeluang untuk memberikan pandangan tentang tajuk kajian.
Foto: En. Ali Abdulkarem A. Alasheg

Foto: Cik Juhaena Hamid Hasani

Foto: Peserta yang menghadiri sesi Diskusi Siswazah, IKRAB

IKRAB & BAYERO UNIVERSITY, KANO, NIGERIA (5 MAC 2010)

BENGKEL PROJEK ARUS PERDANA (1 MAC 2010)

IKRAB & PERSATUAN BEKAS MAHASISWA ISLAM TIMUR TENGAH (20 FEBRUARI 2010)

Foto: Majlis menandatangani Surat Hasrat antara IKRAB & Persatuan Mahasiswa Islam Timur Tengah (PBMITT). (Dari kiri) Ustaz Ismail Hj. Abd. Halim; Prof. Dr. Siti Rugayah Hj. Tibek & Prof. Madya Dr. Wan Kamal Mujani

BENGKEL DAKWAH MELALUI DRAMA (RTM DAN TV MESIR) 19 FEBRUARI 2010

Kumpulan Penyelidikan Dakwah Melalui Drama: Analisis Drama (RTM dan TV Mesir) yang diketuai oleh Prof. Dr. Siti Rugayah Haji Tibek telah diadakan pada 19 Februari 2010. Bengkel ini membincangkan perjalanan dan perkembangan projek bersama ahli-ahli yang terlibat.

BENGKEL KESENIAN DAN KEBUDAYAAN (18 FEBRUARI 2010)

Bengkel Kesenian dan Kebudayaan telah diadakan pada 18 Februari 2010. Bengkel ini bertujuan untuk menyediakan kertas kerja bagi Seminar Kebangsaan IKRAB 2010.

BENGKEL PENERBITAN IKRAB (6-8 FEBRUARI 2010)

Bengkel penerbitan IKRAB yang berlangsung pada 6-8 Februari 2010 bertujuan untuk membincangkan bersama-sama ahli IKRAB mengenai penerbitan IKRAB bagi tahun 2010. Bahan-bahan penerbitan tersebut merupakan bahan-bahan ilmiah yang terhasil daripada siri-siri forum, bengkel, wacana, seminar, perbincangan meja bulat serta tesis.
Bentuk penerbitan akan dikategorikan kepada jurnal, buku dan bab dalam buku.

WACANA ILMIAH KAJIAN RASAIL AL-NUR (2 FEBRUARI 2010)

Foto: Majlis dirasmikan oleh wakil Pengarah IKRAB, Prof. Madya Dr. Wan Kamal Mujani, Timbalan Pengarah IKRAB

Foto: Pembentangan sesi 1 (dari kiri) En. Mohamad Zaidin Mat; En. Mohamad Zulfazdlee Abdul Hassan Ashari (Pengerusi Sidang); En. Anwar Fakhri Omar & En. En. Ibnor Azli Ibrahim

Foto: Pembentangan Sesi 2 (dari kiri) Y.Bhg. Prof. Dr. Adem Kilicman; Dr. Omar Ming Keqin; En. Cevdet Yildiz (Pengerusi Sidang) & Dr. Maheram Ahmad

Foto: Peserta yang hadir sedang memberi tumpuan kepada pembentangan

Foto: Antara sebahagian wakil dari negara Turki