Thursday, May 6, 2010

ANUGERAH PENYELIDIKAN (BERKUMPULAN) - PENILAIAN 2009 (30 APRIL 2010)

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Anugerah Khas Kualiti UKM tahun 2010 (Penilaian Tahun 2009) pada 15 April 2010 telah bersetuju agar Kumpulan Penyelidikan Kajian Rantau Asia Barat dikurniakan hadiah utama bagi Anugerah Penyelidikan (Berkumpulan).
Anugerah telah disampaikan pada Majlis Anugerah Inovasi ke-5 pada 30 April 2010; 7.30 malam; di Puri Pujangga, UKM, Bangi.
TAHNIAH DAN SYABAS, semoga anugerah ini akan menjadi perangsang untuk IKRAB bersepadu bagi mencapai sebarang usaha untuk mencapai kecemerlangan yang lebih lagi dari masa ke masa selaras dengan hasrat menjadi UKM sebuah pusat keilmuan yang terkehadapan, berteknologi dan berdaya saing bertaraf global.