Wednesday, July 29, 2009

MAJLIS PERPISAHAN DR. SULAIMAN IBRAHIM, FELO BERSEKUTU IKRAB DAN PUAN NAZIRAH ABD. RAHIM, PEMBANTU PENYELIDIK SISWAZAH IKRAB

IKRAB, UKM - Telah berlangsung Majlis Perpisahan Dr. Sulaiman Ibrahim, Felo Bersekutu IKRAB dan Puan Nazirah Abd. Rahim, Pembantu Penyelidik Siswazah IKRAB, semalam (27 Julai 2009). Dr. Sulaiman Ibrahim akan menamatkan perkhidmatannya di UKM dan menyambung kerjayanya di Brunei Darussalam manakala Puan Nazirah Abd. Rahim akan memulakan kerjayanya sebagai Guru Bahasa Arab di Johor.

Gambar foto: (Dari kiri) Prof. Dr. Siti Rugayah Haji Tibek, Pengarah IKRAB, Puan Salmah Kasmani, PA kepada Pengarah, Dr. Sulaiman Ibrahim dan Puan Hazrin Adila, Penolong Pendaftar IKRAB.


Gambar foto: Pengarah IKRAB memberikan sepatah dua kata manakala Puan Nazirah Abd. Rahim menahan sebak.

Gambar foto: Dr. Sulaiman Ibrahim memberikan sepatah dua kata.

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduian.

SURAT HASRAT ANTARA IKRAB DAN ISLAMIC TOURISM CENTRE, KEMENTERIAN PERLANCONGAN MALAYSIA

Gambar foto: (Dari kiri) En. Alex Rajakumar, En. Zainuddin Abdul Wahab, Prof. Dr. Siti Rugayah Haji Tibek dan Prof. Dr. Mohd. Safar Hasim

UKM, BANGI - Telah berlangsung Majlis Menandatangani Surat Hasrat di antara Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB), Universiti Kebangsaan Malaysia dengan Islamic Tourism Centre (ITC), Kementerian Pelancongan Malaysia pada 27 Julai 2009; jam 12.30 tengah hari di Bilik Perbincangan IKRAB. Bagi pihak IKRAB, Surat Hasrat telah ditandatangani oleh Prof. Dr. Siti Rugayah Haji Tibek (Pengarah IKRAB) manakala di pihak ITC adalah En. Zainuddin Abdul Wahab (Director General). Majlis turut disaksikan oleh Prof. Dr. Mohd. Safar Hasim, Felo Utama Bersekutu IKRAB dan En. Alex Rajakumar (Director, Capacity Building), ITC.

BENGKEL DINAR EMAS 2009

FPI-IKRAB, UKM: Dinar Research Group UKM, Fakulti Pengajian Islam UKM, Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB), UKM dan Graduate School of Business (GSB), UKM telah menganjurkan Bengkel Dinar Emas 2009 pada 24-25 Julai 2009 (Khamis dan Jumaat) bertempat di Bilik Seminar Pusat Penerbitan Dan Percetakan, Pusat Penerbitan dan Percetakan Blok-A, UKM. Pengarah bagi Bengkel Dinar Emas 2009 adalah Prof. Madya Dr. Wan Kamal Mujani manakala panel pembentang bagi bengkel tersebut adalah Prof Umar Ibrahim Vadillo.

Gambar foto: Prof. Madya Dr. Wan Kamal Mujani, Pengarah Bengkel Dinar Emas 2009

Gambar foto: Prof Umar Ibrahim Vadillo

Gambar foto: Peserta bengkel memberikan maklum balas

Gambar foto: Peserta bengkel memberikan tumpuan terhadap pembentangan

3RD KULIM CAREER & POSTGRADUATE EXPO 2009, DEWAN BANDARAN KULIM, KEDAH - 25 - 26 JULAI 2009

KULIM, KEDAH - Institit Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB) telah menyertai Pusat Pengurusan Siswazah (PPS), UKM dalam 3rd Kulim Career & Postgraduate Expo 2009 di Dewan Bandaran Kulim, Kedah pada 25 - 26 Julai 2009.

Audit COPPA di IKRAB

Friday, July 10, 2009

WACANA IKRAB SIRI KE-10: DR. HAJI ZAINUDIN HAJI JAFFAR, MALIM IKRAB


WACANA IKRAB SIRI KE-9: PROF. DR. MOHAMMAD REDZUAN OTHMAN, UNIVERSITI MALAYA

CERAMAH UMUM: DR. HAJI ZAINUDIN HAJI JAFFAR, MALIM IKRAB

SELAMAT DATANG DR. HAJI ZAINUDIN HAJI JAFFAR, MALIM IKRAB

LATIHAN: MENGHADIRI CONSTRUCTING A CGE DATA BASE COURSE

Y.Bhg. Prof. Dr. Jamal Othman, Timbalan Pengarah IKRAB akan menghadiri CGRE DatabaseConstruction Workshop/Course yang akan berlangsung di Monash University, Australia pada 13 - 15 Julai 2009.

MESYUARAT ANTARA IKRAB DAN ISLAMIC TOURISM CENTRE

IKRAB dan Islamic Tourism Malaysia (ITC) telah mengadakan pertemuan pertama pada 8 Julai 2009 di ITC. Pertemuan pertama ini merupakan pertemuan tanda perkenalan antara kedua-dua organisasi dalam perancangan untuk menjalinkan kerjasama yang lebih mendalam pada masa akan datang dalam bidang penyelidikan. Mesyuarat telah dihadiri oleh Y.Bhg. Prof. Dr. Siti Rugayah Haji Tibek (Pengarah IKRAB), Y.Bhg. Prof. Dr. Mohd. Safar Hasim (Felo Utama Bersekutu, IKRAB), Cik Fadhilah Mustapha (Felo Muda, IKRAB) dan Puan Noorrulhawa Abu Bakar (Pegawai Penyelidik, IKRAB) manakala dari pihak ITC adalah En. Zainuddin Abdul Wahad (Director General, ITC), En. Alex Rajakumar (Director (Capacity Building), ITC), En. Mohd. zaidi Bahirin Zainal Abidin (Executive Officer, ITC) dan Puan Nur Alyssa Coraline Yussin (Executive Officer, ITC).

Friday, July 3, 2009

MELAKUKAN PENYELIDIKAN DAN SEMINAR DI MANCHESTER UNIVERSITY DAN LONDON, UNITED KINGDOM

Prof. Madya Dr. Kamaruzaman Yusoff
Felo Kanan Bersekutu IKRAB

Tarikh: 2 Julai 2009 - 11 Julai 2009
Tempat: London dan Manchester, United Kingdom

MAJLIS PERPISAHAN PELAJAR LATIHAN INDUSTRI (1 JULAI 2009)

IKRAB telah menerima dua orang pelajar latihan industri, iaitu Saudara Mohd. Irman Mohd. Abd. Nasir dan Saudari Norsaeidah Jamaludin dari Jabatan Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, UKM bermula dari 11 Mei - 30 Jun 2009.
Gambar foto: Saudari Norsaeidah Jamaludin dan Saudara Mohd. Irman Abd. Nasir.

Gambar foto: Warga IKRAB

PAMERAN PROMOSI PENDIDIKAN DALAM NEGARA: "POSTGRADASIALIVE EDUCATION FAIR 2009", PUSAT KONVENSYEN KLCC

Tarikh: 27 - 28 Jun 2009
Masa: 12.00 Tengah hari - 6.00 petang



Sinopsis:
IKRAB telah menyertai pameran ini di bawah bantuan dan kelolaan Pusat Pengurusan Siswazah (PPS), UKM. Promosi ini bertujuan untuk memberi penerangan mengenai program pascasiswazah yang ditawarkan di UKM terutamanya.


IKRAB turut serta dalam pameran ini untuk mempromosikan program pascasiswazah yang buat pertama kalinya ditawarkan pada kemasukan Julai 2009. Pengambilan pasca siswazah di IKRAB adalah sepanjang tahun.
Gambar foto: Puan Hazrin Adila Mohamad Hashim sedang memberikan penerangan mengenai program yang ditawarkan di IKRAB kepada pengunjung.
Gambar foto: Y.Bhg. Prof. Dato' Dr. Laily bin Din (Pengarah Pusat Pengurusan Siswazah) bersama salah seorang pengunjung.

Thursday, July 2, 2009

PAMERAN SEMPENA LAWATAN RASMI DYMM YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS - CANSELOR UKM

Tarikh: 25 Jun 2009 (Khamis)
Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
Tempat: Foyer Bangunan Canselori, UKM
Gambar foto: Ahli Jawatankuasa Pameran IKRAB, bergambar di hadapan booth IKRAB.

BENGKEL PEMANTAPAN PENERBITAN DAN PENYELIDIKAN (UKM-GUP-JKKBG-08-02-006)

TARIKH: 9 - 13 JUN 2006
TEMPAT: GEM BEACH RESORT, KUALA TERENGGANU
.
KETUA PROJEK:
PROF. MADYA DR. KAMARUZAMAN YUSOFF
.
NAMA PROJEK:
KERJASAMA SOSIOEKONOMI, SOSIOBUDAYA DAN POLITIK MALAYSIA - ASIA BARAT: PROSPEK DAN CABARAN

SEMINAR MDI - IKRAB

MENGHADIRI PERSIDANGAN DI HONOLULU, HAWAII (4 - 7 JUN 2009)

Gambar foto: Y.Bhg. Prof. Dr. Siti Rugayah Haji Tibek, Pengarah.

Wednesday, July 1, 2009

WACANA IKRAB SIRI KE-8: MR. SAMUEL CHEUNG, ASSOCIATE PROTECTION OFFICER, UNITED NATIONS HIGH COMMISSIONER FOR REFUGEES (UNHCR)

INTERNATIONAL ENGINEERING CONVENTION 2009, DAMASCUS, SYRIA

CERAMAH UMUM: EN. HUSEYIN BINGUL, EDITOR, TUGHRA BOOKS, FOUNTAIN MAGAZINE, TURKI

WACANA IKRAB SIRI 7: Y.BHG. PROF. DATO' DR. QASIM AHMAD, UiTM SHAH ALAM


SEMINAR PALESTIN: KEINSANAN, KESEJAHTERAAN DAN KEDAULATAN

SEMINAR PALESTIN
KEINSANAN, KESEJAHTERAAN DAN KEDAULATAN
Tarikh: 1 April 2009
Tempat: Bilik Majlis, Aras 5, Bangunan Canselori, UKM

Gambar foto: Poster Seminar Palestin

Perasmi: YBhg. Prof. Dato' Dr. Ismail Hj. Ibrahim
Penyandang Kursi Sheikh Abdullah Fahim, HADHARI

Prof. Madya Dr. Kamaruzaman Yusoff
Felo Kanan Bersekutu, IKRAB
merangkap Pengerusi JK Penganjur Seminar Palestin


Kertas Pleno Sesi I - Palestin: Sejarah & Kedaulatan

Panel: Prof. Madya Dr. Badlihisham Mohd. Nasir, UKM
Dakwah Hamas di Palestin

Panel: Dr. Fadhlullah Jamil, USM
Konflik Palestin/Israel: Sebab Musabab & Penyelesaian-penyelesaiannya

Kertas Pleno Sesi II - Palestin: Keinsanan & Kesejahteraan

Panel: Prof. Madya Ruhanas Harun, UKM
Pelarian Rakyat Palestin – Apa Masa Depan Mereka?


Panel: Tuan Hj Azmi Abdul Hamid, Presiden Teras
Palestin: Satu dilema Kemanusiaan


Kertas Pleno Sesi III - Palestin: Pengungkapan Isu Palestin Di Media

Panel: Dr. Abu Hassan Hisbullah, Pengasas Zentrum Future Studies Malaysia
Palestin Juga Tanah Air Kita: Kemerdekaan Melalui Media – Satu Pembacaan Future Studies


Panel: En. Kamarul Bahrain Haron, Penerbit ASTRO AWANI
Perang Maklumat Israel Palestin

Kertas Pleno Sesi IV - Palestin: Kedaulatan & Pelestarian Sumber

Panel: Prof. Madya Dr. Rohimie Hj Shapiee, UKM
Undang-undang Antarabangsa dan Kedaulatan dan Hak Pembangunan Negara Palestin


Panel: Prof. Dr. Jamal Othman, UKM
Ekonomi dan Kelestarian Sumber

Ucapan Penutupan Seminar Palestin

Gambar foto: Y.Bhg. Prof. Dr. Siti Rugayah Haji Tibek
Pengarah IKRAB

SURAT HASRAT/LETTER OF INTENT: IKRAB DAN GULF RESEARCH CENTRE, DUBAI

MENGHADIRI PERSIDANGAN ANTARABANGSA: UNIVERSITI FAYOUM, MESIR

CONFERENCE ON DIMENSIONS OF TOURISM DEVELOPMENT
Tarikh: 14 - 22 Mac 2009
Tempat: University of fayoum, Egypt
Sinopsis:
Rentetan daripada lawatan Y.Bhg. Prof. Dr. Mohammed Ibrahim Eraqi sebagai Profesor Pelawat di IKRAB (29 November 2008 - 13 November 2008) dan majlis menandatangani Surat Hasrat pada 12 November 2008 maka jalinan antara dua universiti telah berlangsung. Fakulti Pelancongan dan Hotel, Universiti Fayoum, Mesir telah mengadakan seminar di peringkat antarabangsa serta mengundang warga akademik IKRAB untuk membentangkan kertas kerja. Kertas kerja telah dibentangkan oleh Y.Bhg. Prof. Dr. Siti Rugayah Haji Tibek, Pengarah IKRAB, Y.Bhg. Prof. Dr. Jamal Othman, Timbalan Pengarah IKRAB, dan Y.Bhg. Prof. Dr. Mohd. Safar Hasim, Felo Utama Bersekutu, IKRAB.
Gambar foto: Y.Bhg. Prof. Dr. Siti Rugayah Haji Tibek, Pengarah IKRAB, Y.Bhg. Prof. Dr. Jamal Othman, Timbalan Pengarah IKRAB dan Y.Bhg. Prof. Dr. Mohd. Safar Hasim, Felo Utama Bersekutu IKRAB, di rumah Y.Bhg. Prof. Dr. Mohammed Ibrahim Eraqi, bekas Profesor Pelawat IKRAB, di Mesir.