Wednesday, July 29, 2009

MAJLIS PERPISAHAN DR. SULAIMAN IBRAHIM, FELO BERSEKUTU IKRAB DAN PUAN NAZIRAH ABD. RAHIM, PEMBANTU PENYELIDIK SISWAZAH IKRAB

IKRAB, UKM - Telah berlangsung Majlis Perpisahan Dr. Sulaiman Ibrahim, Felo Bersekutu IKRAB dan Puan Nazirah Abd. Rahim, Pembantu Penyelidik Siswazah IKRAB, semalam (27 Julai 2009). Dr. Sulaiman Ibrahim akan menamatkan perkhidmatannya di UKM dan menyambung kerjayanya di Brunei Darussalam manakala Puan Nazirah Abd. Rahim akan memulakan kerjayanya sebagai Guru Bahasa Arab di Johor.

Gambar foto: (Dari kiri) Prof. Dr. Siti Rugayah Haji Tibek, Pengarah IKRAB, Puan Salmah Kasmani, PA kepada Pengarah, Dr. Sulaiman Ibrahim dan Puan Hazrin Adila, Penolong Pendaftar IKRAB.


Gambar foto: Pengarah IKRAB memberikan sepatah dua kata manakala Puan Nazirah Abd. Rahim menahan sebak.

Gambar foto: Dr. Sulaiman Ibrahim memberikan sepatah dua kata.

Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduian.