Friday, July 10, 2009

MESYUARAT ANTARA IKRAB DAN ISLAMIC TOURISM CENTRE

IKRAB dan Islamic Tourism Malaysia (ITC) telah mengadakan pertemuan pertama pada 8 Julai 2009 di ITC. Pertemuan pertama ini merupakan pertemuan tanda perkenalan antara kedua-dua organisasi dalam perancangan untuk menjalinkan kerjasama yang lebih mendalam pada masa akan datang dalam bidang penyelidikan. Mesyuarat telah dihadiri oleh Y.Bhg. Prof. Dr. Siti Rugayah Haji Tibek (Pengarah IKRAB), Y.Bhg. Prof. Dr. Mohd. Safar Hasim (Felo Utama Bersekutu, IKRAB), Cik Fadhilah Mustapha (Felo Muda, IKRAB) dan Puan Noorrulhawa Abu Bakar (Pegawai Penyelidik, IKRAB) manakala dari pihak ITC adalah En. Zainuddin Abdul Wahad (Director General, ITC), En. Alex Rajakumar (Director (Capacity Building), ITC), En. Mohd. zaidi Bahirin Zainal Abidin (Executive Officer, ITC) dan Puan Nur Alyssa Coraline Yussin (Executive Officer, ITC).