Monday, August 3, 2009

HARI BERTEMU PELANGGAN SISWAZAH UKM 2009 - FSKB

FSKB, UKM - Pusat Pengurusan Siswazah (PPS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengadakan Hari Bertemu Pelanggan Siswazah UKM 2009 (Kemasukan Disember 2009) di Fakulti Sains Kesihatan Bersekutu (FSKB), UKM pada 1-2 Ogos 2009. PPS kini sedang giat menjalankan aktiviti mempromosikan program-program pendidikan sepenuh masa dan separuh masa peringkat Pasca Siswazah (Sarjana dan Doktor Falsafah) bagi Sesi Pengambilan Pengajian Kemasukan Disember 2009/2010. Sebanyak 13 Fakulti dan 14 institut terlibat dalam aktiviti ini. Dalam masa yang sama Y.Bhg. Tan Sri Prof. Dato' Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin telah merasmikan Bulan Siswazah 2009.

Gambar foto: (Dari Kiri) Y.Bhg. Prof. Dato' Dr. Laily bin Din (Pengarah PPS), Y.Bhg. Tan Sri Prof. Dato' Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin dan Y.Bhg. Prof. Dr. Ismail Sahid (Timbalan Pengarah PPS).

Gambar foto: Tetamu mendengar ucapan perasmian.


Gambar foto: Sebahagian daripada fakulti dan institut yang terlibat.
Gambar foto: Lucu....(Dari Kiri): Puan Hazrin Adila Mohamad Hashim (Penolong Pendaftar IKRAB), En. Mohd. Rushdy Mohamad Sharip (Penolong Pendaftar PPS) dan Prof. Madya Dr. Wan Kamal Mujani (Felo Kanan Bersekutu, IKRAB/Timbalan Pengarah Pusat Kembangan Pendidikan - PKP).

Gambar foto: Prof. Madya Dr. Wan Kamal Mujani memberi penerangan ringkas mengenai IKRAB.