Wednesday, August 26, 2009

Seminar Antarabangsa Penjanaan Ekonomi Melalui Transaksi Wang Dinar 2009


ILIM, 27 Ogos 2009: Dinar Research Group (UKM-GUP-EP-07-16-051), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam (JPATI), Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB) dan Kumpulan Kebudayaan Arab dan Peradaban Islam (KUKAPI) telah menganjurkan Seminar Antarabangsa Penjanaan Ekonomi Melalui Transaksi Wang Dinar (SEDINAR'09) pada 27 Ogos 2009 bersamaan 6 Ramadan 1430H di Auditorium al-Syafie, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, Selangor.

Majlis telah dirasmikan oleh Y.B Senator Mejar Jeneral Dato' Haji jamil Khir Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Menurut Prof. Madya Dr. Wan Kamal Mujani, Pengerusi SEDINAR'09, salah satu objektif SEDINAR'09 dianjurkan adalah untuk menyoroti sejarah perkembangan wang dinar sejak awal Islam sehingga zaman 'Uthmani.

Sebanyak 30 kertas kerja telah dibentangkan di dalam pembentangan kertas kerja selari di Auditorium al-Syafie, al-Ghazali dan Ibn-Khaldun.