Tuesday, November 10, 2009

TAKZIAH: MANTAN MALIM IKRAB - DR. HAJI ZAINUDIN JAFFAR

(Foto: Dr. Haji Zainudin Haji Jaffar Sumber:http://meaufakhalilah.blogspot.com)
Dukacita dimaklumkan bahawa mantan malim IKRAB, Dr. Haji Zainudin Haji Jaffar
(13 Julai - 23 Julai 2009) telah kembali ke Rahmatullah pada 25 Oktober 2009.


BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin - Jenazah pensyarah Jabatan Perdagangan dan Pengurusan dan Fakulti Perdagangan, Kajian Dasar dan Ekonomi Universiti Brunei Darussalam, Allahyarham Dr Haji Zainudin Haji Jaffar (gambar) hari ini selamat dikebumikan selepas beliau meninggal dunia lewat petang semalam.

Allahyarham yang menerima rawatan di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha setelah koma sejak hampir dua bulan lalu dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Kiulap berhampiran Masjid Jame' 'Asr Hassanil Bolkiah.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Dayang Ni'mah Haji Ismail dan tujuh orang anak iaitu lima orang perempuan dan dua orang anak lelaki.

Allahyarham dilahirkan di Tanjung Karang, Selangor, Malaysia pada 29 September 1961 dan antara lain pernah menganggotai jawatankuasa perancangan bagi meningkatkan Maktab Perguruan Ugama Seri Begawan kepada Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan pada 2006.

Jawatan terakhir dipegang Allahyarham sebelum dimasukkan ke hospital ialah anggota Sekretariat Perjawatan, Universiti Islam Sultan Sharif Ali.