PISA, Pulau Pinang 14 - 15 November 2009: Pusat Pengajian Siswazah (PPS), UKM telah menyertai Expo Kerjaya dan Pameran Graduan Sarjana di Penang International Sports Arena (PISA), Bayan Baru, Pulau Pinang. Expo Kerjaya dan Graduan ini dibuka mulai jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang selama dua hari kepada para pengunjung.
Pameran Graduan Sarjana (Postgraduate Expo) ini bertujuan memberi maklumat dan pendedahan berguna kepada pelajar yang berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Sarjana atau Doktor Falsafah di institusi pengajian tinggi di dalam dan juga di luar negara.
Bagi delegasi UKM, sebagaimana sebelumnya promosi yang diselaraskan oleh PPS, UKM turut disertai oleh IKRAB, Pusat Kembangan Pendidikan, Graduate School of Business serta dua penyertaan baru iaitu dari IKON dan Fakulti Farmasi, UKM. Pameran kerjaya dan pendidikan ini telah menarik ramai pengunjung di sekitar Pulau Pinang.