Tuesday, November 17, 2009

PAMERAN PROMOSI PENDIDIKAN DALAM NEGARA - KULIM, KEDAH

(Foto: Delegasi UKM)
KULIM 25 Julai - IKRAB telah menyertai penyertaan Pameran Promosi Pendidikan Dalam Negara: 3rd Kulim Career and Postgraduate Expo 2009 di Dewan Bandaran Kulim, Kedah pada 25-26 Julai 2009. Tujuan pameran promosi ini adalah untuk menggalakkan pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda menyambung pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. IKRAB, Pusat Kembangan Pelajar, Graduate School of Business, UKM telah menyertai pameran promosi ini atas anjuran Pusat Pengajian Siswazah, UKM.