Thursday, June 18, 2009

IRCICA, TURKI (4 – 12 NOVEMBER 2008)

Lawatan ke IRCICA, Turki bertujuan mengantarabangsakan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan juga mengadakan jaringan dalam hal-hal yang berhubung dengan rantau Asia Barat serta mengenal pasti rakan strategik untuk menjalankan kajian dan kegiatan akademik bersama yang seiring dengan objektif IKRAB dan misi Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai universiti penyelidikan. Lawatan ini telah disertai oleh Prof. Dr. Siti Rugayah Hj. Tibek (Pengarah IKRAB), Prof. Zakaria Stapa (Dekan Fakulti Pengajian Islam) dan Dr. Wan Kamal Mujani (Felo Bersekutu, IKRAB).